ROM: Seramai 49 migran yang dalam perjalanan dari Afrika Utara ke Eropah berjaya diselamatkan pengawal pantai Itali dalam kejadian bot karam di Laut Mediterranean di luar pantai Pulau Lampedusa pada Khamis.

Kumpulan migran berkenaan dilaporkan berasal dari Ivory Coast, Guinea, Senegal dan Bangladesh, lapor Agensi Anadolu memetik agensi berita ANSA Itali.

Meskipun terdapat laporan mengenai beberapa migran hilang akibat kejadian itu, jumlah sebenar masih belum diketahui.

Setiap penumpang dilaporkan perlu membayar kira-kira AS$650 untuk melakukan perjalanan itu.

Menurut data Kementerian Dalam Negeri Itali, jumlah migran yang tiba melalui jalan laut sejak awal tahun berjumlah 2,268 orang.

-- BERNAMA